Dokumen Penilaian Bidang Al-Quran tidak diperlukan
Klik link berikut untuk semakan Calon Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) Tahun 2026:
1. Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang https://esmanj.bpijainj.my/.
2. Permohonan dibuka mulai:
29 JULAI 2026 HINGGA 08 SEPTEMBER 2026.
3. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ (Manual Pengguna akan dibuka pada tarikh permohonan).
4. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.
1. Keputusan Peperiksaan UPKK
2. Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) / Setara - (Setengah Tahun Darjah 6)
3. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ / Setara
4. Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2026
5. Keputusan PAJSK Tahun 5 Sesi 2025
1. Calon warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.
2. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
3. Calon lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
4. Permohonan adalah secara dalam talian (online) dan hanya calon yang melepasi saringan awal (berdasarkan jumlah merit tertinggi) akan dipanggil menghadiri Ujian Kemasukan yang akan dijalankan.
5. Tarikh-tarikh penting akan sentiasa dimaklumkan melalui Facebook rasmi Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.
6. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk https://esmanj.bpijainj.my/ yang disediakan di pautan ini.
1. Maahad Johor, Johor Bahru (MJ) (Lelaki dan Perempuan) - Maklumat Lanjut
2. Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru (MTNJ) - Maklumat Lanjut
3. SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ) - Maklumat Lanjut
4. Maahad Pontian, Pontian (MP) - Maklumat Lanjut
5. SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR) - Maklumat Lanjut
6. SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG) - Maklumat Lanjut
1. Ujian Kelayakan Tingkatan 1 tahun 2026 di SMA Bugisiah, Tampok
2. Ujian Kelayakan Tingkatan 1 tahun 2026 di SMA Parit Raja, Batu Pahat
3. Ujian Kelayakan Tingkatan 1 tahun 2026 di Maahad Pontian
4. Ujian Kelayakan Tingkatan 1 tahun 2026 di Maahad Tahfiz Negeri Johor
5. Ujian Kelayakan Tingkatan 1 tahun 2026 di SMA Kerajaan Johor, Kluang
Maklumat yang dipaparkan di laman web ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pengguna dalam urusan permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ).
Pengguna bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang diisi adalah benar, tepat dan lengkap. Sebarang kesilapan, kecuaian atau maklumat palsu yang diberikan oleh pemohon boleh menyebabkan permohonan ditolak atau dibatalkan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan menggunakan laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan data, gangguan sistem atau kelewatan penyampaian maklumat.
Pihak BPI JAINJ berhak untuk mengubah, meminda, mengemas kini atau menghentikan mana-mana kandungan, syarat, prosedur atau perkhidmatan di laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Dengan menggunakan laman web ini, pengguna dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat, dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
© 2025 Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor